Sejarah rancangan Pop Kuiz

Pop Kuiz ialah rancangan permainan hiburan memberikan maklumat mengenai dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, penonton di studio juga dapat melihat telatah selebriti kesayangan serta berhibur dengan persembahan mereka.[5][6][7] Rancangan ini dihoskan oleh penyampai berita TV3 ketika itu, Aznil Nawawi (sehingga 1999) dan penyanyi, Rina Khan (sehingga 1996). Nik Ramzi Nik Hassan berkhidmat sebagai penerbit untuk 6 musim.[8] Bermula musim 7, Azizah Mohamed menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.[9]

Edisi khas Aidilfitri rancangan ini, Pop Kuiz Aidilfitri dirakamkan di Studio D, TV3 dan diterbitkan oleh Nik Ramzi. Penyanyi, Ramlah Ram dijemput untuk menjayakan segmen Kenal Artis.[10] Bermula Februari 1993, Pop Kuiz ditukar waktu siaran dari Sabtu kepada Selasa,[11] namun waktu siarannya ditukar kepada Ahad bermula 6 Jun.[12] Rakaman rancangan ini dilakukan di luar studio bermula pada November 1993.[13] Pop Kuiz dijenamakan semula pada 1996 sebagai Pop Kuiz Generasi Baru yang mana konsepnya berlainan daripada musim terdahulu.[14]

Pop Kuiz menyiarkan musim terakhirnya pada 2005. Pada tahun 2009, ia diperkenalkan semula dengan format baharu. Aidid Marcello dan Yatt Hamzah berkhidmat sebagai pengacara.[3]

Rujukan

WikiPedia: Pop Kuiz https://www.klik.com.my/item/story/1022789/jazzy-s... https://www.klik.com.my/item/story/2443893/sejenak... https://www.klik.com.my/item/story/297206/pendapat... https://www.klik.com.my/item/story/299238/aznil-se... https://www.klik.com.my/item/story/3008964/pop-kui... https://www.klik.com.my/item/story/3010046/aznil-u... https://www.klik.com.my/item/story/3012776/maya-se... https://www.klik.com.my/item/story/3037693/pop-kui... https://www.klik.com.my/item/story/304372/gelagat-... https://www.klik.com.my/item/story/3058548/bentuk-...